Powered by Blogger.

Wednesday, March 30, 2011

Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah Malaysia

PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MALAYSIA 2009 - 2010
penarafan pss2

Sehingga akhir Disember 2010, 7,437 sekolah (75.2%) daripada 9,887 sekolah telah berjaya ditarafkan dengan peningkatan sebanyak 11.6% berbanding tahun 2009. (2009: 6,258 (63.6%) sekolah daripada 9,843 sekolah).
Daripada jumlah ini, 458 (6.1%) PSS mencapai tahap 5-bintang atau 85-100% markah keseluruhan Bahagian A hingga F, berbanding 214 (3.4%) PSS pada tahun 2009 dengan peningkatan 2.7%.

1,419 (19%) PSS mencapai tahap 4-bintang atau 70 – 84% markah keseluruhan, berbanding 799 (12.8%) PSS pada tahun 2009 dengan peningkatan 6.2%.
1617 (21.7%) PSS mencapai tahap 3-bintang atau 60 – 69% markah keseluruhan, berbanding 1135 (18.1%) PSS pada tahun 2009 dengan peningkatan 3.6%.
2208 (29.7%) PSS mencapai tahap 2-bintang atau 45 – 59% markah keseluruhan, berbanding 2,015 (32.2%) PSS pada tahun 2009 dengan penurunan 2.5%.
1735 (23.3%) PSS berada pada tahap  1-bintang atau 0 – 44% markah keseluruhan, berbanding 2,095 PSS (33.5%) pada tahun 2009 dengan penurunan 10.2%.

Sumber: Portal Pengurusan Sumber Pendidikan

Read more...

Tuesday, March 29, 2011

Video Eksklusif Sempena Persaraan Tuan Haji Kamarudin Bin Saman

Untuk makluman semua, Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka turut terlibat dalam menjayakan pembikinan video ini. Mereka telah menyanyikan sebuah lagu khas sempena persaraan Cikgu Din iaitu lagu Terima Kasih Cikgu Din. Tahniah diucapkan kepada semua pengawas PSS yang terlibat. 
Jom kita saksikan...





Read more...

Sunday, March 27, 2011

Selamat Bersara Cikgu Din

Pusat Sumber Sekolah SMK Paka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin bin Saman di atas segala sokongan, bantuan, idea dan tidak jemu-jemu menghulurkan sumbangan dalam memastikan Pusat Sumber Sekolah berada di tahap yang sepatutnya.


Glitter Words

Read more...

Tuesday, March 22, 2011

NOTA ICTL

Read more...

Saturday, March 19, 2011

Budaya membaca semakin meningkat - Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 2 Mac - Rakyat Malaysia kini membaca purata lapan hingga 12 buah buku setahun berbanding hanya dua buah buku kira-kira tiga tahun lalu.
Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, data yang dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu menunjukkan berlaku perkembangan positif terhadap budaya membaca di kalangan masyarakat negara ini.
"Trend yang positif ini memberi keyakinan kepada kita bahawa perpustakaan mampu menjadi institusi yang menarik perhatian masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Mari Membaca 1Malaysia di PNM di sini hari ini.
Rais berkata, statistik itu juga menunjukkan seramai 38 juta orang berkunjung ke perpustakaan di seluruh negara pada 2008 berbanding 21 juta orang pada 2007.
Jelasnya, peningkatan jumlah pinjaman buku di perpustakaan seluruh negara sebanyak 19.5 juta pada 2008 berbanding 12.6 juta pada 2007 juga merupakan bukti bahawa budaya membaca semakin meluas di kalangan masyarakat.
"Jumlah jualan buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2009 pula mencatatkan RM27 juta berbanding RM22 juta pada 2008," katanya.
Tambah Rais, statistik peningkatan itu memberi keyakinan bahawa industri buku di negara ini mampu melonjak ke tahap yang lebih baik pada masa depan.
Beliau berkata, program membaca yang telah dijalankan secara menyeluruh oleh PNM, perpustakaan awam dan perpustakaan desa di seluruh negara juga mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Menurut Rais, setiap tahun tidak kurang dari 8,000 program membaca telah dilaksanakan dan mengikut statistik, jumlah penyertaan daripada masyarakat bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini semakin meningkat.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha mempertingkatkan dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan budaya membaca buku di kalangan rakyat negara ini.
"Saya akan berjumpa dengan beberapa pihak termasuk tokoh seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu kita dalam soal ini.
"Masyarakat biasanya akan terpengaruh dengan cara seseorang tokoh terutama seperti Dr. Mahathir yang suka membaca. Begitu juga saya akan berjumpa dan berbincang dengan pihak korporat untuk membantu menyalurkan bahan bacaan terutama ke perpustakaan di luar bandar," katanya.
Bagaimanapun di sebalik perkembangan positif itu, Rais menegaskan bahawa budaya membaca buku perlulah diseimbangkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer dan Internet.
"Saya menganggap lonjakan penggunaan komputer pada hari ini adalah saingan kepada buku.
"Jadi kita perlu mengimbangi keadaan itu kerana jika tidak ia akan menjadi bahaya kepada kita terutama kepada generasi muda yang lebih terikat terhadap teknologi ini," katanya.

Read more...

Saturday, March 12, 2011

Program Gotong Royong Perpustakaan Lancar

Di akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan baru-baru ini (Khamis-10Mac2011) telah diadakan satu gotong royong membersihkan perpustakaan SMK Paka. Seramai 45 orang pengawas perpustakaan telah terlibat dan dibantu oleh guru-guru perpustakaan. Sepanjang program berlangsung, masing-masing menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam memastikan perpustakaan SMK Paka berubah wajah.

Pengawas tekun menyusun buku mengikut bahagian
Bahagian buku Fiksyen
Ketua bahagian keceriaan sedang membuat riben
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Gotong royong ini kemudian disambung pada hari Jumaat, 11 Mac 2011. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program gotong royong ini.

Read more...

Thursday, March 3, 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas PSS Sesi 2011


Read more...

Tuesday, March 1, 2011

Ucapan Sulung Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

Read more...

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas PSS SMK Paka 2011

Tarikh: 23 Februari 2011
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ini telah dirasmikan oleh Encik Idris bin Bidin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun. Majlis turut menjemput Encik Nize bin Muhammad, Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber BTPNT dan C/Insp Idrus bin Darus, Pegawai Balai Polis Dungun bagi menyampaikan watikah kepada para pengawas. Tn. Hj. Taha bin Ngah juga turut hadir menyerikan majlis yang bersejarah ini.

Laporan sekitar majlis:
7.30 pagi
Para pelajar berkumpul memenuhi ruang dewan sambil pengawas mengambil tempat. Pergerakan ini bertambah licin apabila Cikgu Maulana b Tawang memainkan peranan dalam membantu pelajar mengambil tempat. Sementara menanti ketibaan tetamu jemputan, para pelajar menyaksikan tayangan video aktiviti/program sekolah yang lepas.
8.15 pagi
Ketibaan tetamu jemputan diiringi dengan paluan kompang memeriahkan acara sambutan. Seterusnya Dewan bergema dengan nyanyian lagu Negaraku. Bacaan doa oleh Ust Mohd Zuraihi b Razali mengharapkan agar majlis berjalan dengan sempurna.
8.30 pagi
Ucapan aluan oleh En. Arrifin bin Mohammad, Pengetua SMK Paka. Seterusnya, tetamu dan pelajar disaksikan dengan video imbasan aktiviti pengawas dan pengawas PSS bagi tahun 2010. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh En. Idris bin Bidin. Paluan gong sebanyak 3 kali menandakan majlis dirasmikan dengan jayanya.
9.30 pagi
Penyampaian watikah kepada Pengawas oleh Pegawai Polis Daerah Dungun
Penyampaian watikah kepada Pengawas PSS oleh E. Nize bin Muhammad, Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber, BTPNT
Penyampaian watikah kepada Exco Pengawas dan Pengawas PSS oleh En. idris bin Bidin.
9.50 pagi
Ucapan sulung Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas PSS menerusi sidang video.
10.00 pagi
Majlis bersurai dan Sesi Bergambar

Read more...

Pertandingan Mencipta Logo Makmal Komputer SMK Paka

Jom sertai kami...
Pertandingan anjuran Makmal Komputer, PSS SMK Paka dan terbuka kepada semua pelajar SMK Paka
**** Karya adalah asli
**** Setiap logo adalah menarik dan memberi makna
**** Hadiah lumayan menanti semua pemenang.

e-mailkan karya anda kepada sheedasalleh@gmail.com
sebelum atau pada 1 April 2011

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP