Powered by Blogger.

Monday, February 28, 2011

INDUSTRI BUKU MALAYSIA TIDAK MALAP



AWAL minggu ini dunia digemparkan dengan berita kemuflisan rangkaian kedai buku terbesar iaitu Borders dan antara faktor yang menyumbang kepada kemuflisan disebabkan kurangnya permintaan terhadap bahan bercetak seperti buku. Apakah ia pendapat atau fakta, ini harus dikaji dengan terperinci?

Mungkin pendapat ini ada benarnya di negara maju dan bukannya negara sedang membangun atau negara miskin.

Turut diutarakan trend pembelian dalam talian seperti Amazom.com yang menyumbang kepada 60 peratus keuntungan dengan penjualan buku. Dengan alasan seperti ini bukan bermakna buku tidak mendapat sambutan.

Kegagalan Borders beroperasi mungkin disumbangkan oleh faktor lain yang membantu ke arah cadangan menyelamatkan kejatuhan rangkaian kedai buku terbesar di dunia itu.

Jika dilihat dengan mata kasar, saban tahun pesta buku yang dianjurkan di seluruh dunia mendapat sambutan hebat.

Nama seperti Bologna, Jakarta, Frankfurt, London dan banyak lagi sentiasa dinanti bukan saja oleh pencinta ilmu, malah pedagang ilmu tradisional ini.

Di Malaysia, jika dilihat setiap tahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sentiasa mendapat sambutan dan pengunjungnya menjangkau hampir dua juta orang.

Peserta pameran pula sentiasa melebihi daripada gerai yang ditawarkan, malah pada hari terakhir setiap tahun tempahan gerai untuk tahun akan datang biasanya sudah habis terjual. Apakah ini petanda orang ramai tidak gemar membaca buku?

Sememangnya instrumen ilmu tradisional ini menghadapi persaingan hebat dengan adanya buku dalam talian, e-book dan pelbagai cabaran serta gajet elektronik terbaru. Namun, berapa ramai yang mampu mencapai buku dalam talian serta gajet elektronik ini kerana perkara ini masih baru dan dianggap sebagai barang mewah dalam masyarakat dunia.

Oleh itu, anggapan bahawa kemalapan industri buku dunia dengan kemuflisan rangkaian gergasi Borders ini adalah satu pendapat semata-mata.

Fakta realitinya instrumen ilmu tradisional ini masih diperlukan oleh semua peringkat umur serta mereka yang dahagakan ilmu.

Bagi senario di Malaysia, industri buku di negara ini masih baru dalam perkembangannya. Masyarakat baru saja mengenali serta memupuk pembudayaan ilmu melalui buku.

Kempen yang dianjurkan oleh kerajaan bersama agensinya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru saja hangat diperkatakan serta mendapat perhatian masyarakat.

MOHAMAD ASRI SHAFII,
Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
Bagan Datoh, Perak.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Read more...

Saturday, February 26, 2011

Imbasan Aktiviti Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah SMK Paka 2010

 Tayangan Video sempena Majlis Penyerahan 
Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2011



Read more...

Wednesday, February 16, 2011

Berita Harian Online | Sepuluh penulis terkaya dunia

Read more...

Tuesday, February 15, 2011

BERITA HARIAN 15 FEBRUARI 2011 : SMK Paka terap budaya membaca

"EXCELLENCE FOR ALL"

Read more...

Sunday, February 13, 2011

Dokumentasi Pelancaran NILAM

PENERANGAN PROGRAM NILAM 2011
Oleh: Cikgu Kamal Mizan bin Ismail @ Abdullah
(Penyelaras NILAM SMK Paka)


VIDEO ANIMASI KEMPEN MEMBACA


ULASAN BUKU
Oleh: Anis Afifah Izzati bt Md Zaki

Read more...

Monday, February 7, 2011

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2011 BERJAYA

Salam..
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Itulah kata-kata keramat yang selalu kita dengar. Tetapi kawan-kawan, kita hanya mendengarnya sahaja tanpa melakukan sesuatu. Ibarat mencurah air ke daun keladi.
Baru-baru ini, Pusat Sumber Sekolah SMK Paka telah mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM 2011. Pengawas PSS turut terlibat dalam menjayakan program ini. Rupanya bukan senang nak mengendalikan sesuatu majlis. Pengawas PSS terlibat dalam persembahan untuk tatapan para pelajar. Gemuruh rasa hati bila berdepan dan berada di atas pentas. Pengawas PSS membuat ulasan buku dan menyanyikan lagu NILAM. Haaaa terpegun semua yang mendengarnya... Sedap kot/
Apa-apapun program ini telah berjaya membuka mata pelajar-pelajar kita yang program membaca amat penting dalam kehidupan. Tidaklah pelajar-pelajar kita asyik 'tidur' jer. PSS amat berharap agar Program NILAM mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar.
Jom kita imbas suasana di majlis Pelancaran Program NILAM 2011.

Bacaan doa

Penerangan Program NILAM 2011
Ucapan Perasmian
Gimik Pelancaran

Ulasan buku oleh Anis Afifah Izzati bt Md Zaki
Pasukan koir PSS cukup bertenaga menyanyikan lagu NILAM
Glitter Words

Read more...

Thursday, February 3, 2011

BULETIN CEMPAKA EDISI JANUARI 2011


Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP