Powered by Blogger.

Thursday, May 26, 2011

Lagu Persembahan Hari Guru oleh Cikgu Faziyana ft Pengawas PSS

Ketika menyanyikan lagu... Penuh semangat dan penghayatan






Selain menyanyi, pengawas PSS juga turut menyampaikan sajak

Selepas mengadakan persembahan, pengawas PSS adakan jamuan pula

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Penghargaan istimewa Pengawas PSS kepada guru PSS

Setelah sambutan Hari Guru  peringkat sekolah selesai, guru-guru PSS telah menerima jemputan istimewa secara tiba-tiba daripada pengawas PSS supaya hadir ke Dewan Terbuka SMK Paka. Sebaik sampai di dewan, kejutan teristimewa guru-guru PSS apabila telah menerima ucapan Selamat Hari Guru daripada pengawas PSS dan terhidang makanan di atas meja bagi meraikan guru-guru PSS. Guru-guru merasa amat terharu di atas segala persiapan dan perancangan yang diatur oleh para pengawas PSS. Selepas acara memotong kek sebagai simbolik ucapan selamat, masing-masing menikmati juadah yang tersedia. Tidak cukup daripada itu, cenderahati kenang-kenangan kepada guru-guru PSS untuk dibawa pulang sebagai penutup Sambutan Hari Guru yang cukup teristimewa pada tahun ini.


*Pesanan daripada guru-guru PSS kepada pengawas PSS
"Terima kasih yang tidak terhingga  dan sekalung ucapan tahniah di atas segala persiapan dan majlis yang diatur. Kekalkan prestasi dan kukuhkan organisasi kita agar setiap aktiviti yang diatur dapat membawa impak maksimum kepada semua. Anda memang HEBAT."


Read more...

Sunday, May 8, 2011

Tawaran istimewa daripada PSS

Hantarkan cenderahati dan kad ucapan kepada guru dan rakan-rakan anda sempena Hari Guru dan Minggu Peperiksaan.

Bagaimana caranya?? Jumpalah wakil-wakil pengawas perpustakaan dan buat tempahan sekarang.

Read more...

Friday, May 6, 2011

Peluang menangi hadiah dalam pertandingan melukis poster

Terbuka kepada semua pelajar SMK Paka

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA HARI GURU


Pilih salah satu daripada tema berikut:
Tema 1
Guru Penjana Transformasi Negara
Tema 2
Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya





Syarat-syarat pertandingan:
1. Terbuka kepada semua pelajar SMK Paka. Pelajar bebas menghantar seberapa banyak penyertaan. Terbahagi kepada 2 kategori:
     - Kategori Menengah Rendah (Tg. 1, 2 dan 3)
     - Kategori Menengah Atas ( Tg. 4, 5 dan 6)
2. Lukisan poster mesti dibuat di atas kertas lukisan.
3. Bebas menggunakan sebarang warna: Pensil, Krayon, cat air,dan sebagainya.
4. Lukisan dan idea poster mestilah asli
5. Keputusan penghakiman adalah muktamad.
6. Poster terbaik berpeluang dipamerkan di perpustakaan dan laman blog sekolah.
7. Tarikh tutup penyertaan 19 Mei 2011.
8. Hantarkan poster anda kepada Cikgu Kamal Mizan bin Ismail / Cikgu Zaimi bt Mamat



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP