Powered by Blogger.

Thursday, August 11, 2011

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah selesai

Tarikh: 9 Ogos 2011
Tempat: PSS SMK Paka



Read more...

Tuesday, August 9, 2011

PSS SMK Paka dicalon Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah Dungun 2011


Read more...

Saturday, August 6, 2011

Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2011

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sharrada a/p Segeran dari SK Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah kerana telah berjaya membawa pulang trofi Tokoh NILAM Kebangsaan 2011 bagi kategori Sekolah Rendah dan wang tunai sebanyak RM 2,000.00. Tokoh NILAM Kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah pula disandang oleh Rubendran a/l Arumugam dari SMK Pandan Jaya, Selangor.

Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 yang diadakan buat kali ke sembilan telah disempurnakan dengan jayanya oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Hj. Mohd. Puad bin Zarkashi pada 16 Julai 2011 di Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor.  Majlis Anugerah yang dimeriahkan dengan kehadiran 300 tetamu ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Y. Bhg. Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Y. Bhg. Dato’ Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani, Ketua-ketua Jabatan / Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah-pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.

Seramai 56 calon daripada seluruh pelosok tanah air telah berkumpul di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor sejak 14 Julai untuk bersaing dalam penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan 2011. Sebanyak empat kategori dipertandingkan, yang merangkumi sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar, sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar.

Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 memperlihatkan format baru penilaian yang bertujuan untuk menampilkan murid-murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti serta melahirkan tokoh murid yang minat membaca, mengamalkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, berketerampilan dan mempunyai sikap kepimpinan. Ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat  berpengetahuan, berfikiran matang, kreatif dan inovatif menjelang 2020.

Bagi memartabatkan Program NILAM dan gerakan membaca di seluruh negara, pada tahun ini juga, hadiah wang tunai bagi Tokoh NILAM dan pemenang setiap kategori Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 telah ditambah supaya dapat menjadi satu motivasi ekstrinsik kepada murid-murid untuk berdaya saing dengan lebih jitu bagi memperoleh pengiktirafan ini. Selain itu, dua hadiah saguhati bagi setiap kategori turut diperkenalkan.

Dalam ucapannya, YB Dr. Hj. Mohd. Puad menyatakan bahawa majlis ini sangat istimewa kerana merupakan pengiktirafan dan penghargaan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia kepada 56 daripada 5.1 juta murid yang terpilih ke peringkat akhir Program NILAM. Mereka semua perlu diberi penghargaan kerana berani menerima cabaran dan memegang prinsip bahawa asas penting kepada pencapaian budaya ilmu adalah melalui budaya membaca. “Pendidikan merupakan kunci kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara dan keupayaan kita berdaya saing dalam ekonomi global. Pendidikan juga merupakan passport kepada peluang pekerjaan yang baik dan sumber pendapatan yang tinggi. Justeru, adalah menjadi tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan generasi muda terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui pembacaan dan amalan pembelajaran sepanjang hayat,” jelas beliau lagi.

Majlis juga diserikan dengan persembahan perserta Anugerah NILAM Kebangsaan dari WP Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu serta Kumpulan D’Waled dari Bahagian Teknologi Pendidikan. Majlis yang sama turut meraikan pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dan cawangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010.

Read more...

Thursday, July 21, 2011

Tawaran Menarik: AstroTutor TV Untuk Calon UPSR, PMR dan SPM

Berita baik bagi calon UPSR, PMR dan SPM yang gemar menonton TV terutama Astro, anda kini boleh mengulangkaji dengan cara menonton sahaja. Rancangan Tutor TV ini telah mula disiarkan oleh pihak Astro khas bagi calon peperiksaan awam.


 Sila click mana-mana gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

PMR : Channel 602
SPM : Channel 603

Dipetik daripada laman blog Ciklaili.com

Read more...

Friday, July 8, 2011

NILAM: Pemenang Anugerah Pembaca Terbanyak diumum

Glitter Words


Anugerah Pembaca Terbanyak mengikut tingkatan bagi Bulan Mac dan April 2011 telah berlangsung dengan jayanya.
Berikut merupakan keputusan anugerah tersebut:

Anugerah Pembaca Terbanyak Tingkatan Satu
SITI NOR DANIA ILYANI BT YASIR APANDI (1 KRK 1)

Anugerah Pembaca Terbanyak Tingkatan Dua
MUHAMMAD SYAMMIL BIN ADNAN (2 KRK 3)

Anugerah Pembaca Terbanyak Tingkatan Tiga
ANIS AFIFAH IZZATI BT MOHD ZAKI (3 KRK 2)

Anugerah Pembaca Terbanyak Tingkatan Empat
NURUL ATIQAH AQILAH BT RAHMAT ( 4 C )

Anugerah Pembaca Terbanyak Tingkatan Lima
AIMI NA'IEMA BT MOHD RADZUAN ( 5 A )






Read more...

Tuesday, July 5, 2011

Keputusan Pemenang Pertandingan Melukis Poster Sempena Sambutan Hari Guru

Glitter Words


Pusat Sumber Sekolah SMK Paka merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan Pertandingan ini. Penyertaan daripada semua pelajar amat menggalakkan.
Berikut merupakan senarai pemenang pertandingan tersebut:

Tempat Pertama: Muhammad Faridzuan Bin Kamarudin
Tempat Ke-2: Siti Norisha Aizee Bt Zali (1 Amanah)
Tempat Ke-3: Tn. Sh Misnati  Bt Tn Syed (1 KRK 2)

Saguhati:
Nurul Afikah Bt Hamdzan (1 KRK 2)
Nur Sabrina Bt Amaza (1 Amanah)
Nurul Irwa Nazira Bt Kamal (1 KRK 2)
Nur Hasmah Bt Hasan (1 KRK 2)





Read more...

Wednesday, June 15, 2011

Anugerah MSC Malaysia APICTA Award 2011

Anugerah tahunan untuk menggalakkan percambahan daya kreativiti dan inovasi dalam ICT khususnya dalam kalangan warga pendidik dan pelajar, syarikat-syarikat berstatus MSC dan lain-lain, sejajar dengan dasar yang diambil oleh MOSTI berkaitan inovasi dan kreativiti. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

 

Read more...

Monday, June 13, 2011

ANUGERAH TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU 2011

 Pada 9 Jun 2011, buat julung kalinya Majlis Anugerah Tokoh NILAM Negeri Terengganu telah berjaya diadakan sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC ), Kuala Terengganu.
Seramai 12 orang pelajar sekolah seluruh Terengganu yang melibatkan empat kategori iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Luar Bandar serta Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Bandar telah menerima piala, sijil penghargaan dan baucer buku. Hadiah penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YB Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang mewakili Menteri Besar Terengganu.

Tokoh NILAM Negeri Terengganu Tahun 2011 bagi kategori sekolah menengah telah disandang oleh Sharyn Wong Yi Jien daripada SMK Sultan Ismail, Kemaman manakala bagi kategori sekolah rendah disandang oleh Adik Wan Dinie Dayini bt. Wan Roslan daripada SK Tengku Mahmud, Besut. Kedua-dua Tokoh NILAM ini telah menerima piala pusingan, trofi, sijil penghargaan dan baucer buku.
Kesemua johan setiap kategori akan mewakili Negeri Terengganu dan akan bersaing bagi Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan pada 13 hingga 16 Julai 2011 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Syabas dan tahniah bagi sekolah-sekolah yang telah berjaya.

Read more...

Friday, June 3, 2011

Pelan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011-2015

Read more...

Thursday, May 26, 2011

Lagu Persembahan Hari Guru oleh Cikgu Faziyana ft Pengawas PSS

Ketika menyanyikan lagu... Penuh semangat dan penghayatan






Selain menyanyi, pengawas PSS juga turut menyampaikan sajak

Selepas mengadakan persembahan, pengawas PSS adakan jamuan pula

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Penghargaan istimewa Pengawas PSS kepada guru PSS

Setelah sambutan Hari Guru  peringkat sekolah selesai, guru-guru PSS telah menerima jemputan istimewa secara tiba-tiba daripada pengawas PSS supaya hadir ke Dewan Terbuka SMK Paka. Sebaik sampai di dewan, kejutan teristimewa guru-guru PSS apabila telah menerima ucapan Selamat Hari Guru daripada pengawas PSS dan terhidang makanan di atas meja bagi meraikan guru-guru PSS. Guru-guru merasa amat terharu di atas segala persiapan dan perancangan yang diatur oleh para pengawas PSS. Selepas acara memotong kek sebagai simbolik ucapan selamat, masing-masing menikmati juadah yang tersedia. Tidak cukup daripada itu, cenderahati kenang-kenangan kepada guru-guru PSS untuk dibawa pulang sebagai penutup Sambutan Hari Guru yang cukup teristimewa pada tahun ini.


*Pesanan daripada guru-guru PSS kepada pengawas PSS
"Terima kasih yang tidak terhingga  dan sekalung ucapan tahniah di atas segala persiapan dan majlis yang diatur. Kekalkan prestasi dan kukuhkan organisasi kita agar setiap aktiviti yang diatur dapat membawa impak maksimum kepada semua. Anda memang HEBAT."


Read more...

Sunday, May 8, 2011

Tawaran istimewa daripada PSS

Hantarkan cenderahati dan kad ucapan kepada guru dan rakan-rakan anda sempena Hari Guru dan Minggu Peperiksaan.

Bagaimana caranya?? Jumpalah wakil-wakil pengawas perpustakaan dan buat tempahan sekarang.

Read more...

Friday, May 6, 2011

Peluang menangi hadiah dalam pertandingan melukis poster

Terbuka kepada semua pelajar SMK Paka

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA HARI GURU


Pilih salah satu daripada tema berikut:
Tema 1
Guru Penjana Transformasi Negara
Tema 2
Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya





Syarat-syarat pertandingan:
1. Terbuka kepada semua pelajar SMK Paka. Pelajar bebas menghantar seberapa banyak penyertaan. Terbahagi kepada 2 kategori:
     - Kategori Menengah Rendah (Tg. 1, 2 dan 3)
     - Kategori Menengah Atas ( Tg. 4, 5 dan 6)
2. Lukisan poster mesti dibuat di atas kertas lukisan.
3. Bebas menggunakan sebarang warna: Pensil, Krayon, cat air,dan sebagainya.
4. Lukisan dan idea poster mestilah asli
5. Keputusan penghakiman adalah muktamad.
6. Poster terbaik berpeluang dipamerkan di perpustakaan dan laman blog sekolah.
7. Tarikh tutup penyertaan 19 Mei 2011.
8. Hantarkan poster anda kepada Cikgu Kamal Mizan bin Ismail / Cikgu Zaimi bt Mamat



Read more...

Saturday, April 23, 2011

PESTA BUKU DI PWTC

PESTA BUKU


PARA petugas sibuk membuat persiapan terakhir termasuk menyusun dan menghias gerai menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


PEMINAT buku boleh mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (KLIBF) yang bermula hari ini hingga 1 Mei depan.
Bertemakan Buku: Dunia Tanpa Sempadan, pesta yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur antara lain bertujuan menyemarakkan amalan membaca di kalangan masyarakat dan menjadikannya sebagai satu cara hidup.
Penganjur pesta buku itu menyasarkan kira-kira 1.5 juta pengunjung menghadiri pesta itu yang menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus bagi pehttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=7739474257058181111&postID=5842121930871663053mbelian buku terpilih keluaran beberapa syarikat penerbitan.
Antara tarikan pada pesta berkenaan ialah kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi sesi menandatangani buku autobiografi beliau berjudul A Doctor in the House.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read more...

Wednesday, April 20, 2011

Buletin CEMPAKA Keluaran April 2011

Read more...

Sunday, April 17, 2011

Buletin CEMPAKA Keluaran Mac 2011


Read more...

Saturday, April 16, 2011

Slaid Power Point Program Pemantapan Penggunaan Perpustakaan

Read more...

Thursday, April 14, 2011

Imbasan Program Pemantapan Penggunaan Perpustakaan Tahun 2011

Read more...

Wednesday, April 13, 2011

Taklimat S-lib Kepada Pengawas Perpustakaan

 Kepada semua Pengawas Perpustakaan
Tarikh: 12 April 2011
Hari: Selasa
Tempat: Perpustakaan, SMK Paka

- SEMUA DIWAJIBKAN HADIR-

Read more...

Friday, April 1, 2011

Jadual Program Pemantapan Penggunaan Perpustakaan SMK Paka 2011




TARIKH
HARI
MASA
KELAS TERLIBAT
3/4/2011
AHAD
9.00 – 9.40
1 KRK 1
  9.40 – 10.20
1 KRK 2
11.20 – 12.00
1 KRK 3
12.00 – 12.40
1 AMANAH
01.20 – 02.00
1 BESTARI
4/4/2011
ISNIN
8.20 – 9.00
1 CEKAL
9.00 – 9.40
1 DINAMIK
10.40 – 11.20
1 EHSAN
11.20 – 12.00
2 KRK 1
12.40 – 01.20
2 KRK 2
5/4/2011
SELASA
8.20 – 9.00
2 KRK 3
9.00 – 9.40
2 AMANAH
10.40 – 11.20
2 BESTARI
11.20 – 12.00
2 CEKAL
12.40 – 01.20
2 DINAMIK
6/4/2011
RABU
8.20 – 9.00
2 EHSAN
9.00 – 9.40
4 AMANAH
10.40 – 11.20
4 BESTARI
11.20 – 12.00
4 CEKAL
12.40 – 01.20
4 DINAMIK
7/4/2011
KHAMIS
8.55 – 9.30
4 EHSAN
9.30 – 10.05
4 FALAH
11.40 – 12.15
4 MV
12.15 – 12.50
5 AMANAH
10/4/2011
AHAD
9.00 – 9.40
5 BESTARI
  9.40 – 10.20
5 CEKAL
11.20 – 12.00
5 DINAMIK
12.00 – 12.40
5 EHSAN
01.20 – 02.00
5 MV
11/4/2011
ISNIN
8.20 – 9.00
6 A 1
9.00 – 9.40
6 A 2
10.20 – 11.00
3 KRK 1
11.20 – 12.00
3 KRK 2
12.40 – 01.20
3 KRK 3
12/4/2011
SELASA
8.20 – 9.00
3 AMANAH
9.00 – 9.40
3 BESTARI
10.40 – 11.20
3 CEKAL
11.20 – 12.00
3 DINAMIK
12.40 – 01.20
3 EHSAN

Read more...

Program Pemantapan Penggunaan Perpustakaan Bagi Pelajar SMK Paka

Kertas Kerja Program



Read more...

Wednesday, March 30, 2011

Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah Malaysia

PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MALAYSIA 2009 - 2010
penarafan pss2

Sehingga akhir Disember 2010, 7,437 sekolah (75.2%) daripada 9,887 sekolah telah berjaya ditarafkan dengan peningkatan sebanyak 11.6% berbanding tahun 2009. (2009: 6,258 (63.6%) sekolah daripada 9,843 sekolah).
Daripada jumlah ini, 458 (6.1%) PSS mencapai tahap 5-bintang atau 85-100% markah keseluruhan Bahagian A hingga F, berbanding 214 (3.4%) PSS pada tahun 2009 dengan peningkatan 2.7%.

1,419 (19%) PSS mencapai tahap 4-bintang atau 70 – 84% markah keseluruhan, berbanding 799 (12.8%) PSS pada tahun 2009 dengan peningkatan 6.2%.
1617 (21.7%) PSS mencapai tahap 3-bintang atau 60 – 69% markah keseluruhan, berbanding 1135 (18.1%) PSS pada tahun 2009 dengan peningkatan 3.6%.
2208 (29.7%) PSS mencapai tahap 2-bintang atau 45 – 59% markah keseluruhan, berbanding 2,015 (32.2%) PSS pada tahun 2009 dengan penurunan 2.5%.
1735 (23.3%) PSS berada pada tahap  1-bintang atau 0 – 44% markah keseluruhan, berbanding 2,095 PSS (33.5%) pada tahun 2009 dengan penurunan 10.2%.

Sumber: Portal Pengurusan Sumber Pendidikan

Read more...

Tuesday, March 29, 2011

Video Eksklusif Sempena Persaraan Tuan Haji Kamarudin Bin Saman

Untuk makluman semua, Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka turut terlibat dalam menjayakan pembikinan video ini. Mereka telah menyanyikan sebuah lagu khas sempena persaraan Cikgu Din iaitu lagu Terima Kasih Cikgu Din. Tahniah diucapkan kepada semua pengawas PSS yang terlibat. 
Jom kita saksikan...





Read more...

Sunday, March 27, 2011

Selamat Bersara Cikgu Din

Pusat Sumber Sekolah SMK Paka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin bin Saman di atas segala sokongan, bantuan, idea dan tidak jemu-jemu menghulurkan sumbangan dalam memastikan Pusat Sumber Sekolah berada di tahap yang sepatutnya.


Glitter Words

Read more...

Tuesday, March 22, 2011

NOTA ICTL

Read more...

About

Pusat Sumber Sekolah SMK Paka
d/a: SMK Paka 23100 Paka Dungun, Terengganu Tel: 09-8271662 Fax: 09-8286255 E-mail: smkptrg@yahoo.com
View my complete profile

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP