Powered by Blogger.

MAKLUMAT KORPORAT PSS

 Sila klik untuk dapatkan maklumat umum PSS SMK Paka

VIDEO KORPORAT PSS SMK PAKA





Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran merupakan unit penting dalam institusi sekolah.  Dalam era teknologi dan komunikasi maklumat PSTS menjadi bertambah penting bukan sahaja sebagai pusat maklumat tetapi juga sebagai laluan intelektual kepada pelajar dan guru.  Sehubungan itu, konsep PSS perlu diperluas ke seluruh sekolah supaya setiap sudut sekolah boleh menjadi sumber maklumat.

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK PAKA
Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Paka pada tahun 1978. Sejak dari tahun berkenaan Pusat Sumber Sekolah telah menunjukkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga kerjanya. Bermula dengan perpustakaan tradisi kepada Pusat Sumber Sekolah. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat atau ICT, kini Pusat Sumber Sekolah SMK Paka lebih dikenali sebagai Pusat Sumber dan Teknologi Sekolah atau ringkasnya PSS.
Pada masa kini, PSS SMK Paka terdiri daripada :
  1. Perpustakaan
  2. Bilik Tayangan
  3. Bilik Bahan Bantu Mengajar
  4. Makmal Komputer
  5. Projek NILAM
  6. SAL
Pada tahun 2004, PSS SMK Paka telah memperkenalkan logonya secara rasmi dan Motto PSS adalah Mantap, Cekap dan Mesra.


VISI
Meningkatkan Pusat Sumber Sekolah sebagai PSS TERBILANG dalam melahirkan PELAJAR CEMERLANG sehingga SEKOLAH GEMILANG sepanjang zaman.

MISI
Memupuk, membentuk warga SMK Paka budaya bermaklumat, berilmu, berteknologi dalam semua bidang seiring dengan perubahan dan cabaran masa depan sekolah berkesan.

MOTTO
Mantap, Cekap dan Mesra


PIAGAM PELANGGAN PSS 
- Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang mencukupi.  
- Memastikan pengguna mendapat kemudahan bantu Bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera. - Menyediakan bahan Bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna.  
- Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah.  
- Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa.  
- Memberi khidmat layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah pengguna.  
- Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

    MATLAMAT PSS 
    - Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.  
    - Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan Negara.  
    - Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan. - Merapatkan jurang perbezaan antara emudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar.

     
    OBJEKTIF PSS 
    Menguruskan Maklumat 
    PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan, serta mengedarkan berbagai-bagai maklumat. Maklumat-maklumat ini merangkumi pelbagai bidang keilmuan,seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah, guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka. 
    Kecemerlangan pendidikan
    Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya. 
    Penggunaan kemudahan
    Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi tidak hanya tertumpu kepada pembacaan buku teks semata-mata. 
    Pemupukan Tabiat Belajar
    Adalah diharap dengan adanya PSS akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. 
    Penghasilan bahan
    PSS juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 
    Perkhidmatan pembelajaran
    PSS juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mepunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar. 
    Kemahiran maklumat
    PSS juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka. 

    Pamplet Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

    Read more...

    About

    Pusat Sumber Sekolah SMK Paka
    d/a: SMK Paka 23100 Paka Dungun, Terengganu Tel: 09-8271662 Fax: 09-8286255 E-mail: smkptrg@yahoo.com
    View my complete profile

      © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP