Powered by Blogger.

Wednesday, June 15, 2011

Anugerah MSC Malaysia APICTA Award 2011

Anugerah tahunan untuk menggalakkan percambahan daya kreativiti dan inovasi dalam ICT khususnya dalam kalangan warga pendidik dan pelajar, syarikat-syarikat berstatus MSC dan lain-lain, sejajar dengan dasar yang diambil oleh MOSTI berkaitan inovasi dan kreativiti. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

 

Read more...

Monday, June 13, 2011

ANUGERAH TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU 2011

 Pada 9 Jun 2011, buat julung kalinya Majlis Anugerah Tokoh NILAM Negeri Terengganu telah berjaya diadakan sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC ), Kuala Terengganu.
Seramai 12 orang pelajar sekolah seluruh Terengganu yang melibatkan empat kategori iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Luar Bandar serta Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Bandar telah menerima piala, sijil penghargaan dan baucer buku. Hadiah penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YB Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang mewakili Menteri Besar Terengganu.

Tokoh NILAM Negeri Terengganu Tahun 2011 bagi kategori sekolah menengah telah disandang oleh Sharyn Wong Yi Jien daripada SMK Sultan Ismail, Kemaman manakala bagi kategori sekolah rendah disandang oleh Adik Wan Dinie Dayini bt. Wan Roslan daripada SK Tengku Mahmud, Besut. Kedua-dua Tokoh NILAM ini telah menerima piala pusingan, trofi, sijil penghargaan dan baucer buku.
Kesemua johan setiap kategori akan mewakili Negeri Terengganu dan akan bersaing bagi Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan pada 13 hingga 16 Julai 2011 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Syabas dan tahniah bagi sekolah-sekolah yang telah berjaya.

Read more...

Friday, June 3, 2011

Pelan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011-2015

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP