Powered by Blogger.

Tuesday, May 17, 2011

Penghargaan istimewa Pengawas PSS kepada guru PSS

Setelah sambutan Hari Guru  peringkat sekolah selesai, guru-guru PSS telah menerima jemputan istimewa secara tiba-tiba daripada pengawas PSS supaya hadir ke Dewan Terbuka SMK Paka. Sebaik sampai di dewan, kejutan teristimewa guru-guru PSS apabila telah menerima ucapan Selamat Hari Guru daripada pengawas PSS dan terhidang makanan di atas meja bagi meraikan guru-guru PSS. Guru-guru merasa amat terharu di atas segala persiapan dan perancangan yang diatur oleh para pengawas PSS. Selepas acara memotong kek sebagai simbolik ucapan selamat, masing-masing menikmati juadah yang tersedia. Tidak cukup daripada itu, cenderahati kenang-kenangan kepada guru-guru PSS untuk dibawa pulang sebagai penutup Sambutan Hari Guru yang cukup teristimewa pada tahun ini.


*Pesanan daripada guru-guru PSS kepada pengawas PSS
"Terima kasih yang tidak terhingga  dan sekalung ucapan tahniah di atas segala persiapan dan majlis yang diatur. Kekalkan prestasi dan kukuhkan organisasi kita agar setiap aktiviti yang diatur dapat membawa impak maksimum kepada semua. Anda memang HEBAT."


0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP