Powered by Blogger.

Saturday, March 12, 2011

Program Gotong Royong Perpustakaan Lancar

Di akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan baru-baru ini (Khamis-10Mac2011) telah diadakan satu gotong royong membersihkan perpustakaan SMK Paka. Seramai 45 orang pengawas perpustakaan telah terlibat dan dibantu oleh guru-guru perpustakaan. Sepanjang program berlangsung, masing-masing menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam memastikan perpustakaan SMK Paka berubah wajah.

Pengawas tekun menyusun buku mengikut bahagian
Bahagian buku Fiksyen
Ketua bahagian keceriaan sedang membuat riben
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Gotong royong ini kemudian disambung pada hari Jumaat, 11 Mac 2011. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program gotong royong ini.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP