Powered by Blogger.

Tuesday, March 1, 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas PSS SMK Paka 2011

Tarikh: 23 Februari 2011
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ini telah dirasmikan oleh Encik Idris bin Bidin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun. Majlis turut menjemput Encik Nize bin Muhammad, Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber BTPNT dan C/Insp Idrus bin Darus, Pegawai Balai Polis Dungun bagi menyampaikan watikah kepada para pengawas. Tn. Hj. Taha bin Ngah juga turut hadir menyerikan majlis yang bersejarah ini.

Laporan sekitar majlis:
7.30 pagi
Para pelajar berkumpul memenuhi ruang dewan sambil pengawas mengambil tempat. Pergerakan ini bertambah licin apabila Cikgu Maulana b Tawang memainkan peranan dalam membantu pelajar mengambil tempat. Sementara menanti ketibaan tetamu jemputan, para pelajar menyaksikan tayangan video aktiviti/program sekolah yang lepas.
8.15 pagi
Ketibaan tetamu jemputan diiringi dengan paluan kompang memeriahkan acara sambutan. Seterusnya Dewan bergema dengan nyanyian lagu Negaraku. Bacaan doa oleh Ust Mohd Zuraihi b Razali mengharapkan agar majlis berjalan dengan sempurna.
8.30 pagi
Ucapan aluan oleh En. Arrifin bin Mohammad, Pengetua SMK Paka. Seterusnya, tetamu dan pelajar disaksikan dengan video imbasan aktiviti pengawas dan pengawas PSS bagi tahun 2010. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh En. Idris bin Bidin. Paluan gong sebanyak 3 kali menandakan majlis dirasmikan dengan jayanya.
9.30 pagi
Penyampaian watikah kepada Pengawas oleh Pegawai Polis Daerah Dungun
Penyampaian watikah kepada Pengawas PSS oleh E. Nize bin Muhammad, Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber, BTPNT
Penyampaian watikah kepada Exco Pengawas dan Pengawas PSS oleh En. idris bin Bidin.
9.50 pagi
Ucapan sulung Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas PSS menerusi sidang video.
10.00 pagi
Majlis bersurai dan Sesi Bergambar

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP