Powered by Blogger.

Wednesday, March 28, 2012

Perdana Menteri Malaysia: Amalkan Sikap Suka Membaca

 'Amal sikap suka membaca'

KUALA LUMPUR 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak masyarakat negara ini termasuk para pembaca blog beliau supaya sentiasa menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca buku.
Perdana Menteri berkata, melalui pembacaan, seseorang antaranya boleh mempelajari ketabahan ikon dunia dan seterusnya mampu menyemarakkan aspirasi pembaca dalam menghadapi masa depan yang lebih baik.
"Bagi anda yang mempunyai masa terluang, saya harap anda akan terus membaca sekerap yang anda mampu.
"Saya amat rindukan kepuasan membaca buku dari semasa ke semasa," katanya dalam entri terbaru di http://1malaysia.com.my bertajuk Kepuasan Membaca Sebuah Buku Yang Ditulis Dengan Baik hari ini.
Dalam entri tersebut, Najib turut berkongsi kepuasan yang dikecapi beliau setelah selesai membaca buku biografi mengenai pengasas syarikat Apple Inc. Steve Jobs.
Beliau mengakui kecenderungan pembacaannya terarah kepada sejarah, pemikiran strategik dan biografi tokoh masyarakat.
Menurutnya, penulisan bukan fiksyen seperti itu lebih diminati kerana ia menceritakan tentang manusia, kemanusiaan, situasi, ujian dan kejayaan sebenar, berbanding bahan bacaan fiksyen yang lebih berteraskan imaginasi.
"Ketabahan luar biasa ikon-ikon seperti Nelson Mandela, Sir Winston Churchill atau pandangan berharga Malcolm Gladwell, W. Chan Kim dan Renee Maubourgne telah dan akan terus menyemarakkan lagi aspirasi kita bagi masa hadapan.
"Apa kata anda kongsi bersama cadangan bahan bacaan di bahagian komen di bawah, saya ingin tahu buku apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia kini," katanya.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP