Powered by Blogger.

Thursday, August 11, 2011

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah selesai

Tarikh: 9 Ogos 2011
Tempat: PSS SMK Paka



Read more...

Tuesday, August 9, 2011

PSS SMK Paka dicalon Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah Dungun 2011


Read more...

Saturday, August 6, 2011

Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2011

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sharrada a/p Segeran dari SK Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah kerana telah berjaya membawa pulang trofi Tokoh NILAM Kebangsaan 2011 bagi kategori Sekolah Rendah dan wang tunai sebanyak RM 2,000.00. Tokoh NILAM Kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah pula disandang oleh Rubendran a/l Arumugam dari SMK Pandan Jaya, Selangor.

Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 yang diadakan buat kali ke sembilan telah disempurnakan dengan jayanya oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Hj. Mohd. Puad bin Zarkashi pada 16 Julai 2011 di Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor.  Majlis Anugerah yang dimeriahkan dengan kehadiran 300 tetamu ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Y. Bhg. Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Y. Bhg. Dato’ Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani, Ketua-ketua Jabatan / Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah-pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.

Seramai 56 calon daripada seluruh pelosok tanah air telah berkumpul di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor sejak 14 Julai untuk bersaing dalam penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan 2011. Sebanyak empat kategori dipertandingkan, yang merangkumi sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar, sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar.

Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 memperlihatkan format baru penilaian yang bertujuan untuk menampilkan murid-murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti serta melahirkan tokoh murid yang minat membaca, mengamalkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, berketerampilan dan mempunyai sikap kepimpinan. Ini adalah selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat  berpengetahuan, berfikiran matang, kreatif dan inovatif menjelang 2020.

Bagi memartabatkan Program NILAM dan gerakan membaca di seluruh negara, pada tahun ini juga, hadiah wang tunai bagi Tokoh NILAM dan pemenang setiap kategori Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 telah ditambah supaya dapat menjadi satu motivasi ekstrinsik kepada murid-murid untuk berdaya saing dengan lebih jitu bagi memperoleh pengiktirafan ini. Selain itu, dua hadiah saguhati bagi setiap kategori turut diperkenalkan.

Dalam ucapannya, YB Dr. Hj. Mohd. Puad menyatakan bahawa majlis ini sangat istimewa kerana merupakan pengiktirafan dan penghargaan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia kepada 56 daripada 5.1 juta murid yang terpilih ke peringkat akhir Program NILAM. Mereka semua perlu diberi penghargaan kerana berani menerima cabaran dan memegang prinsip bahawa asas penting kepada pencapaian budaya ilmu adalah melalui budaya membaca. “Pendidikan merupakan kunci kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara dan keupayaan kita berdaya saing dalam ekonomi global. Pendidikan juga merupakan passport kepada peluang pekerjaan yang baik dan sumber pendapatan yang tinggi. Justeru, adalah menjadi tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan generasi muda terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui pembacaan dan amalan pembelajaran sepanjang hayat,” jelas beliau lagi.

Majlis juga diserikan dengan persembahan perserta Anugerah NILAM Kebangsaan dari WP Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu serta Kumpulan D’Waled dari Bahagian Teknologi Pendidikan. Majlis yang sama turut meraikan pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dan cawangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP